BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 15, 2010

kelemahan dalam menangani..

Seperti yang kita semua tahu, Malaysia juga tersenarai sebagai salah sebuah negara yang terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia. Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia masih baru dalam usaha untuk mengatasi masalah permerdagangan manusia ini. Jadi, masih terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi untuk mengatasi masalah ini. Dalam perspektif undang-undang, Malaysia masih berada di tahap yang lemah. Antara cabaran yang menyebabkan kelemahan dalam menangani masalah pemerdagangan manusia ialah kekurangan data statistik tentang jumlah sebenar kes pemerdagangan manusia di negara ini. Negara kita juga kekurangan latihan dalam mengatasi kegiatan ini. Ini disebabkan oleh kurangnya agensi yang berpengalaman dalam membendung kegiatan pemerdagangan manusia ini daripada terus menular..

Mangsa pemerdagangan dan saksi juga biasanya enggan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa dalam menyalur maklumat untuk membanteras jenayah ini.. Selain itu, penipuan tentang pengambilan pekerja asing juga semakin berleluasa. Penguatkuasa negara kita juga mengalami kesukaran untuk mengenalpasti mangsa pemerdagangan orang kerana kebanyakan daripada mangsa masuk ke negara ini secara sah sebagai pelancong tetapi kemudiannya menjadi sasaran sindiket pemerdagangan orang. Terdapat juga situasi di mana sindiket antarabangsa yang mengancam mangsa hingga menyebabkan mangsa takut membuat laporan kepada pihak berkuasa.





Masalah pemerdagangan ini juga semakin berleluasa kerana penguatkuasaan yang lemah oleh kerajaan Malaysia. Penguatkuasa ini terdiri daripada Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Sumber Manusia. Ini kerana adanya pegawai dalam penguatkuasaan pemerdagangan ini terlibat dengan rasuah. Rasuah ini wujud semasa urusan kemasukan dan pengendalian para pekerja asing ke Malaysia oleh pegawai-pegawai di Malaysia. Kelemahan ini dilihat paling ketara kerana masih terdapat segelintir pegawai yang sanggup menerima rasuah dan mengabaikan tugas mereka. Penguatkuasaan perlu dilakukan untuk mengatasi kelemahan ini. Gejala rasuah ini membawa implikasi yang buruk kepada negara kerana aktiviti pemerdagangan manusia semakin berleluasa.

Kegagalan membendung kegiatan pemerdagangan orang ini telah membawa persepsi negatif terhadap kementerian-kementerian yang terlibat dan dituduh tidak melaksanakan tugasan dengan sempurna atau ada pegawai-pegawai kementerian berkenaan yang terlibat dalam jenayah pemerdagangan orang ini. Kementerian-kementerian yang diamanahkan untuk membendung gejala pemerdagangan orang ini selalu memberi alasan untuk menutup kekurangan dalam mencari penyelesaian membanteras jenayah pemerdagangan orang ini. Mereka yang sering memberi alasan ini biasanya terlibat dalam kegiatan rasuah. Negara kita masih lemah dalam mengatasi gejala rasuah dan ini menyebabkan pegawai yang terlibat dengan rasuah mudah terlepas daripada hukuman dan ini menyebabkan aktiviti pemerdagangan manusia makin berleluasa.

Pemerdagangan manusia ini sering kali berlaku terhadap golongan wanita, kanak-kanak dan warga emas. Kurangnya penglibatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga menyumbang kepada kelemahan negara dalam membendung masalah pemerdagangan orang. Sekiranya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terlibat mereka boleh pastikan bahawa aduan-aduan rasmi yang diterima oleh pihak berkuasa diambil tindakan dan penyelesaian segera. Kerajaan Malaysia juga dilihat tidak memberi perhatian yang dikehendaki dalam melaksanakan Akta Pemerdagangan Orang 2007. Kempen-kempen umum yang komprehensif dan penyebaran maklumat tentang Akta Pemerdagangan Orang dan kejelekan aktiviti jenayah berkaitan perlulah dilaksanakan dan diperluaskan kepada rakyat Malaysia. Ini penting untuk mengatasi kelemahan Negara kita dalam kes pemerdagangan manusia yang semakin berleluasa.

(111126)

0 comments: