BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 15, 2010

KESIMPULAN

Gejala pemerdagangan manusia yang berlaku pada masa kini dapat dibendung sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing. Sebagai contoh, pihak berkuasa perlu mengambil ataupun menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas serta melaksanakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah.

Selain daripada itu, pihak berkuasa haruslah bersikap lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mereka.Kerajaan harus memandang serius tentang isu pemerdagangan manusia yang berlaku di negara ini dan mengkaji sebab berlakunya masalah ini supaya isu ini tidak terus berleluasa. Ini adalah kerana gejala ini boleh membawa ancaman terhadap keselamatan rakyat. Akibat daripada aktiviti pemerdagangan manusia ini boleh menyumbang kepada kemerosotan ekonomi negara. Hal ini demikian kerana para pelabur tidak mahu mengambil risiko dan hilang kepercayaan serta berasa tidak selamat untuk membuat pelaburan di negara kita.

Masyarakat tempatan juga perlu berwaspada terhadap aktiviti pemerdagangan manusia. Mereka perlu bersikap lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan kata-kata dan janji manis daripada orang yang tidak dikenali. Masyarakat juga perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa. Jangan gentar untuk tampil memberi sebarang maklumat jika mengetahui adanya kejadian pemerdagangan manusia di sekitar tempat mereka.

Seterusnya ,agensi-agensi yang terlibat dalam menangani isu ini perlu mengambil langkah-langkah yang lebih berkesan supaya gejala tidak bermoral ini dapat dibanteras dengan jayanya. Agensi-agensi tersebut perlu melaksanakan pelbagai kempen dan motivasi kepada masyarakat untuk memberi kesedaran tentang risiko dan langkah-langkah sepatutnya yang harus diambil sekiranya mereka berdepan dengan situasi pemerdagangan tersebut.

Secara umumnya, isu pemerdagangan manusia boleh diatasi bukan sahaja melalui satu pihak sahaja tetapi melibatkan kerjasama daripada semua lapisan masyarakat. Masalah ini perlu dibendung segera agar tidak terus menular menjadi semakin serius.

(110938)





0 comments: