BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 18, 2010

MANUSIA DIKOMODITIKAN?


Untuk pengetahuan umum dalam era moden ini, pemerdagangan manusia adalah satu bentuk perhambaan. Ini berlaku ekoran daripada permintaan terhadap tenaga buruh, perkhidmatan seksual, jeratan hutang dan kemiskinan.
Pada kebiasaannya, jenayah pemerdagangan manusia ini merentasi sempadan dan menjatuhkan maruah serta martabat sehingga mereka diperdagangkan, mangsa yang terlibat biasanya tidak diberi sebarang pilihan dan tidak dapat melaporkan penderitaan mereka akibat daripada kawalan ketat oleh sindiket.
Hasil kajian dari badan-badan bebas dan beberapa kes didapati, Malaysia khususnya Sabah adalah destinasi persinggahan untuk wanita dan kanak-kanak diperdagangkan untuk eksploitasi seks secara komersial manakala lelaki dijadikan sebagai buruh paksa.


Mengapakah pemerdagangan manusia ini berlaku? Menurut Kajian Kesatuan Eropah dan Jabatan Negara Amerika, pemerdagangan manusia ini dapat menjana keuntungan yang lumayan dan dianggarkan sebanyak US 33 bilion setahun ( angka tidak rasmi ). Pemerdagangan manusia bukan saja berlaku di Negara-negara mundur tetapi juga di Negara-negara maju. Persoalannya kini siapakah dalang di sebalik semua ini? Dan bagaimanakah pemerdagangan manusia ini berlaku? Semua ini bakal terjawab di akhir perbincangan nanti. Sebelum itu perlulah kita selami dahulu definisi sebenar pemerdagangan manusia itu sendiri.

Menurut Artikel 3 Protokol Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam mencegah, menyekat dan menghukum Pemerdagangan manusia terutamanya dalam kalangan wanita dan juga kanak-kanak telah mendefinisikan Pemerdagangan Manusia sebagai perekrutan, pengangkutan, pemindahan, penampungan atau penerimaan orang dengan cara ancaman atau penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan lain, penculikan, penipuan, penyalahgunaan kuasa atau kedudukan kerentanan, atau memberi atau menerima bayaran atau pemanfaatan untuk mencapai persetujuan seseorang yang mempunyai kawalan keatas orang lain, untuk tujuan eksploitasi iaitu pelacuran, buruh paksa atau perhambaan dan pemindahan organ-organ.

(199648)

0 comments: