BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 15, 2010

FAKTOR PERUNDANGAN

Secara umumnya akta diwujudkan oleh bertujuan untuk membanteras jenayah yang dilakukan ke atas manusia. Parlimen Malaysia telah mengesahkan bahawa Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Akta 670) telah berkuatkuasa pada 24 April 2007 dan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 28 Februari 2008.




Akta ini dinamakan Akta Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 dan berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Sebenarnya akta ini telah dipinda tajuknya kepada “Akta Ibu” bagi menggantikan tajuk panjangnya iaitu “Suatu Akta untuk mencegah dan memerangi pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dan untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara yang berkaitan dengannya.”.






Akta ini mengandungi seperti berikut:

  • Undang-undang ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan pemerdagangan orang
  • Perlindungan dan bantuan orang yang diperdagangkan
  • Penubuhan Majlis Anti Pemerdagangan Orang
  • Perkara-perkara yang berkaitan dengannya


Antara seksyen-seksyen ialah:


Seksyen 12

· Memperdagangkan orang yang bukan merupakan seorang kanak-kanak bagi maksud eksploitasi.

· Dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 15 Tahun dan boleh dikenakan denda.

Seksyen 13

· Memperdagangkan orang yang bukan merupakan seorang kanak-kanak, bagi maksud eksploitasi atau lebih cara.

a. ancaman

b. penggunaa kekerasan atau bentuk paksaan yang lain

c. pemelarian

d. fraud

e. perdayaan

f. penyalahgunaan kuasa

g. penyalahgunaan kedudukan orang yang mudah terdedah kepada bahaya perbuatan pemerdagangan orang

h. pemberian atau penerimaan bayaran atau faedah untuk memperoleh kerelaan seseorang yang mempunyai kawalan keatas orang yang diperdagangkan

· Dihukum penjara selama tempoh tidak kurang 3 Tahun tetapi tidak melebihi 20 Tahun dan boleh dikenakan denda.

Seksyen 14

· Memperdagangkan orang yang merupakan seorang kanak-kanak bagi maksud eksploitasi.

· Dihukum penjara selama 3 Tahun tetapi tidak melebihi 20 Tahun dan boleh dikenakan denda.


(199652)




0 comments: