BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 15, 2010

Perkaitan permasalahan

Kita tahu bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hubungan yang baik dengan negara negara luar seperti Indonesia, Vietnam, Filipina, Amerika Syarikat dan sebagainya. Apabila dilihat dari segi sudut kepentingan negara Malaysia maka kerjasama antara negara- negara luar ini sangat penting terutamanya kepada sektor ekonomi negara ini. Namun hubungan negara ini dengan negara luar juga telah menyumbang kepada satu masalah sosial yang amat ketara iaitu pemerdagangan manusia.

Kerjasama antara negara ini dengan negara luar telah menyebabkan warganegara luar diambil bekerja di sini dalam pelbagai sektor seperti sektor pembinaan, perindustrian dan sebagainya. Lambakan pekerja asing semakin menjadi-jadi ekoran daripada bayaran gaji mereka lebih rendah jika dibandingkan dengan pekerja negara ini. Keadaan ini paling ketara jika kita lihat dalam sektor pembinaan,ramai buruh-buruh kasar adalah warganegara asing. Terdapat segelintir warganegara asing mempunyai niat yang tidak baik terhadap masyarakat di negara ini terutamanya terhadap golongan wanita dan kanak-kanak. Mereka gemar mengambil kesempatan terhadap golongan tersebut kerana mereka mudah untuk dipujuk rayu, ditipu dan mereka juga adalah golongan lemah.



Warganegara luar akan memerangkap golongan ini terlebih dahulu, seperti berpura-pura berbuat baik terhadap wanita dan kanak-kanak. Contohnya kita lihat golongan wanita, mereka mudah diperdaya dengan janji-janji manis yang ditabur oleh rakyat asing tersebut. Bukan sahaja golongan wanita menjadi sasaran tetapi golongan kanak-kanak juga turut menjadi mangsa. Biasanya individu tidak bertanggungjawab ini akan menumpu perhatian di kawasan seperti sekolah, taman permainan, pasar malam dan sebagainya untuk menculik kanak-kanak dan seterusnya menjual mereka. Di negara ini sudah banyak kes di mana kanak-kanak yang hilang masih belum dijumpai sehinga ke hari ini. Kemungkinan kes-kes tersebut mempunyai kaitan dengan pemerdagangan manusia.

Kerjasama antara Negara Malaysia dengan Negara luar bukan sahaja memberi kesan negatif tetapi juga memberi kesan positif untuk mengatasi isu pemerdagangan manusia. Kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk membendung gejala pemerdagangan manusia yang semakin berleluasa. Malaysia dan AS bersepakat mengatakan bahawa kegiatan itu mesti di bendung dengan segera. Usaha ke arah pembanterasan pemerdagangan manusia perlu dilakukan dengan segera kerana ia memberi implikasi teruk kepada soal keselamatan negara. Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) telah menggesa Malaysia untuk menyusun tindakan undang-undang awal penguatkuasaan di bawah Akta Pemerdagangan Manusia, khasnya berkaitan pemerdagangan buruh.





AS mencadangkan agar Malaysia melaksanakan hukuman jenayah yang lebih ketat terhadap mereka yang terbabit dalam mengambil buruh atau mengeksploitasi buruh paksaan. Mereka juga menggesa Malaysia untuk meningkatkan usaha bagi mendakwa dan menyabitkan kesalahan pegawai awam yang mengambil keuntungan daripada aktiviti ini atau terbabit dalam pemerdagangan atau mengeksploitasi mangsa. Malaysia juga dicadangkan untuk membangun dan melaksanakan prosedur untuk mengenal pasti mangsa pemerdagangan buruh di kalangan kumpulan yang sering terdedah dengan aktiviti ini seperti pekerja migran dan merujuk mereka kepada perkhidmatan perlindungan yang ada.

Malaysia perlu meningkatkan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperbaiki usaha-usaha perlindungan terhadap mangsa termasuk tempat untuk menempatkan mangsa pemerdagangan. Latihan kepada para pegawai mengenai pengendalian pemerdagangan kes seks dan buruh, dengan penekanan terhadap perlindungan mangsa dan menerus dan memperluaskan kempen yang komprehensif dan jelas mengenai kesedaran anti-pemerdagangan bagi kedua-dua pemerdagangan buruh dan seks haruslah ditingkat dan diperluaskan. Kerajaan Malaysia telah menunjukkan komitmen besar dalam menangani pemerdagangan manusia yang dijangka mendahului peningkatan penyiasatan dan pendakwaan kesalahan pemerdagangan buruh dan mengenal pasti mangsa pemerdagangan buruh oleh pegawai kerajaan dan bekerjasama rapat dengan NGO dan pertubuhan antarabangsa untuk memperbaiki perkhidmatan mangsa dalam penempatan kerajaan.


(111141)

0 comments: