BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 15, 2010

SEJAUH MANA KEBENARANNYA?

Rekod daripada International Organization of Imigrant (IOI) melaporkan bahawa kira-kira 1 bilion manusia bergerak ke seluruh dunia setiap hari. Namun sukar dikenalpasti jumlah sebenar mereka yang diperdagangkan dengan pelbagai tujuan yang tidak baik, sama ada dieksploitasi sebagai buruh, pengemis, pelacur, pengedar dadah dan sebagainya terutama membabitkan golongan emas, wanita dan juga kanak-kanak.



Isu ini menjadi semakin serius apabila sindiket antarabangsa terbabit cuba mengaut keuntungan dengan menjadikan manusia sebagai bahan dagangan. Paling menyedihkan ada di antara mereka yang dieksploitasi ini di bunuh semata-mata untuk mendapatkan organ bagi tujuan dagangan pasaran gelap. Namun, dalam hal ini, yang kita mahu berkas bukan mangsa tetapi anggota sindiket atau dalang utamanya. Antara negara-negara yang diletakkan dibawah senarai pemerhatian oleh Amerika Syarikat ialah Thailand dan Singapura kerana gagal mencegah wanita dari terlibat dalam sindiket pelacuran.
Berlainan pula di Indonesia, golongan emas dan kanak-kanak lebih kerap dieksploitasikan bagi tujuan sindiket pengemis dan perhambaan.



Dikenalpasti bahawa kelembapan sistem perundangan dan penghakiman merupakan antara punca utama berleluasanya kes pemerdagangan manusia di negara ini. Daripada 308 kes yang dilaporkan sejak tahun 2008, hanya 27 kes sahaja berjaya diselesaikan setakat ini. Manakala selebihnya masih di peringkat perbicaraan, termasuk proses pertuduhan. Salah satu kes yang menjadi bualan hangat sehingga kini ialah kes penangkapan seorang wanita warga tempatan di India kerana terlibat dalam kegiatan antarabangsa perdagangan manusia pada akhir tahun 2009.


(112045)

0 comments: