Untuk pengetahuan umum dalam era moden ini, pemerdagangan manusia adalah satu bentuk perhambaan. Ini berlaku ekoran daripada permintaan terhadap tenaga buruh, perkhidmatan seksual, jeratan hutang dan kemiskinan.
Pada kebiasaannya, jenayah pemerdagangan manusia ini merentasi sempadan dan menjatuhkan maruah serta martabat sehingga mereka diperdagangkan, mangsa yang terlibat biasanya tidak diberi sebarang pilihan dan tidak dapat melaporkan penderitaan mereka akibat daripada kawalan ketat oleh sindiket.
Hasil kajian dari badan-badan bebas dan beberapa kes didapati, Malaysia khususnya Sabah adalah destinasi persinggahan untuk wanita dan kanak-kanak diperdagangkan untuk eksploitasi seks secara komersial manakala lelaki dijadikan sebagai buruh paksa.
Mengapakah pemerdagangan manusia ini berlaku? Menurut Kajian Kesatuan Eropah dan Jabatan Negara Amerika, pemerdagangan manusia ini dapat menjana keuntungan yang lumayan dan dianggarkan sebanyak US 33 bilion setahun ( angka tidak rasmi ). Pemerdagangan manusia bukan saja berlaku di Negara-negara mundur tetapi juga di Negara-negara maju. Persoalannya kini siapakah dalang di sebalik semua ini? Dan bagaimanakah pemerdagangan manusia ini berlaku? Semua ini bakal terjawab di akhir perbincangan nanti. Sebelum itu perlulah kita selami dahulu definisi sebenar pemerdagangan manusia itu sendiri.
Menurut Artikel 3 Protokol Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam mencegah, menyekat dan menghukum Pemerdagangan manusia terutamanya dalam kalangan wanita dan juga kanak-kanak telah mendefinisikan Pemerdagangan Manusia sebagai perekrutan, pengangkutan, pemindahan, penampungan atau penerimaan orang dengan cara ancaman atau penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan lain, penculikan, penipuan, penyalahgunaan kuasa atau kedudukan kerentanan, atau memberi atau menerima bayaran atau pemanfaatan untuk mencapai persetujuan seseorang yang mempunyai kawalan keatas orang lain, untuk tujuan eksploitasi iaitu pelacuran, buruh paksa atau perhambaan dan pemindahan organ-organ.
(199648)
Wednesday, August 18, 2010
MANUSIA DIKOMODITIKAN?
Posted by Manusia Sebagai Komoditi at 4:11 PM 0 comments
antara yang terlibat..
Memang tidak dapat dinafikan, pemerdagangan manusia adalah suatu peristiwa yang menakutkan dan tidak dapat dilupakan bagi sesiapa yang terlibat dalam kejadian tersebut samada mangsa itu sendiri ataupun ahli keluarganya. Pada kebiasaannya, mangsa yang terlibat terdiri daripada golongan wanita, pemuda dan kanak-kanak.
Kanak-kanak merupakan mangsa utama bagi pelaku pemerdagangan manusia. Ini disebabkan kanak-kanak dianggap senang dikawal dan tidak berupaya untuk melakukan sebarang tindakan di luar jangkaan. Ini boleh dikaitkan juga dengan fikiran mereka yang belum matang, yang tidak dapat membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Ini adalah kelebihan yang digunakan oleh penjenayah untuk menjalankan kegiatan mereka. Kanak-kanak biasanya dijual kepada orang kaya dengan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Di samping itu, mereka juga dimanfaatkan untuk kegiatan pengagihan dadah.
Selain daripada golongan kanak-kanak, golongan wanita juga menjadi tumpuan bagi penjenayah. Golongan wanita yang lemah dan tidak dapat melindungi diri sendiri selalunya dipaksa membuat sesuatu yang tidak diingini seperti menjadi pembantu rumah yang tidak sah di sisi undang-undang, penjaga bayi yang tidak berlesen, GRO ataupun pelacur. Kehidupan yang dialami oleh mereka sangat dahsyat. Maruah wanita diabaikan dan hak-hak kaum wanita langsung tidak dihormati.
Manakala bagi golongan pemuda, mereka selalunya ditipu dengan muslihat yang diberikan oleh penjenayah. Penjenayah mungkin merancang satu penipuan seperti kerja di luar Negara yang dapat mengaut keuntungan yang besar dengan cepat. Pemuda-pemuda yang terpengaruh dengan tipu muslihat tersebut akan dipergunakan untuk melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang. Pada kebiasaannya, tugasan yang diberi ialah menjual pil estacy atau mengedar heroin di tempat awam seperti disko atau pub. Pemuda tersebut akan terperangkap dengan penipuan dan akhirnya tidak dapat melepaskan diri.
(205244)
Posted by Manusia Sebagai Komoditi at 4:10 PM 0 comments
PENYEBAB PERMASALAHAN
-kekurangan peluang pekerjaan di daerah asal.
-kelemahan penguatkuasaan undang-undang di dalam suatu kerajaan.
-kekurangan pekerjaan yang formal khususnya bagi wanita .
-peluang pendidikan yang rendah yang tidak sama rata antara kanak-kanak perempuan dan lelaki di kawasan bandar dan luar bandar. Pada kebiasaannya, di kawasan kampung taraf pendidikannya adalah rendah jika dibandingkan dengan bandar-bandar yang maju.
-ramai kanak-kanak tidak mempunyai dokumen atau sijil kelahiran yang sah lebih mudah menjadi mangsa.
-budaya yang tidak menyebelahi kepentingan kaum wanita dan kanak-kanak.sebagai contoh,lelaki lebih mempunyai keutamaan menjawat jawatan dalam pekerjaan polis jika dibandingkan dengan wanita.
-Konflik dan bencana yang menyebabkan ramai wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa dan mudah terperangkap dalam kegiatan pemerdagangan manusia.
-Kerajaan kurang memberi perhatian terhadap perlindungan pekerja migrant.
-pertumbuhan ekonomi yang tinggi di daerah atau tempat yang dituju.
-peningkatan permintaan dari segi tenaga kerja dari luar daerah atau wilayah.
-tawaran gaji yang lebih lumayan di daerah yang ingin dituju berbanding dengan daerah asalnya.
-peningkatan sektor industri yang membawa kepada kewujudan tempat-tempat hiburan dan industri seks komersil.
Posted by Manusia Sebagai Komoditi at 4:09 PM 0 comments
Sunday, August 15, 2010
SEJAUH MANA KEBENARANNYA?
Rekod daripada International Organization of Imigrant (IOI) melaporkan bahawa kira-kira 1 bilion manusia bergerak ke seluruh dunia setiap hari. Namun sukar dikenalpasti jumlah sebenar mereka yang diperdagangkan dengan pelbagai tujuan yang tidak baik, sama ada dieksploitasi sebagai buruh, pengemis, pelacur, pengedar dadah dan sebagainya terutama membabitkan golongan emas, wanita dan juga kanak-kanak.
Isu ini menjadi semakin serius apabila sindiket antarabangsa terbabit cuba mengaut keuntungan dengan menjadikan manusia sebagai bahan dagangan. Paling menyedihkan ada di antara mereka yang dieksploitasi ini di bunuh semata-mata untuk mendapatkan organ bagi tujuan dagangan pasaran gelap. Namun, dalam hal ini, yang kita mahu berkas bukan mangsa tetapi anggota sindiket atau dalang utamanya. Antara negara-negara yang diletakkan dibawah senarai pemerhatian oleh Amerika Syarikat ialah Thailand dan Singapura kerana gagal mencegah wanita dari terlibat dalam sindiket pelacuran.
Berlainan pula di Indonesia, golongan emas dan kanak-kanak lebih kerap dieksploitasikan bagi tujuan sindiket pengemis dan perhambaan.
(112045)
Posted by Manusia Sebagai Komoditi at 7:25 AM 0 comments
Perkaitan permasalahan
Kita tahu bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hubungan yang baik dengan negara negara luar seperti Indonesia, Vietnam, Filipina, Amerika Syarikat dan sebagainya. Apabila dilihat dari segi sudut kepentingan negara Malaysia maka kerjasama antara negara- negara luar ini sangat penting terutamanya kepada sektor ekonomi negara ini. Namun hubungan negara ini dengan negara luar juga telah menyumbang kepada satu masalah sosial yang amat ketara iaitu pemerdagangan manusia.
Kerjasama antara negara ini dengan negara luar telah menyebabkan warganegara luar diambil bekerja di sini dalam pelbagai sektor seperti sektor pembinaan, perindustrian dan sebagainya. Lambakan pekerja asing semakin menjadi-jadi ekoran daripada bayaran gaji mereka lebih rendah jika dibandingkan dengan pekerja negara ini. Keadaan ini paling ketara jika kita lihat dalam sektor pembinaan,ramai buruh-buruh kasar adalah warganegara asing. Terdapat segelintir warganegara asing mempunyai niat yang tidak baik terhadap masyarakat di negara ini terutamanya terhadap golongan wanita dan kanak-kanak. Mereka gemar mengambil kesempatan terhadap golongan tersebut kerana mereka mudah untuk dipujuk rayu, ditipu dan mereka juga adalah golongan lemah.
Warganegara luar akan memerangkap golongan ini terlebih dahulu, seperti berpura-pura berbuat baik terhadap wanita dan kanak-kanak. Contohnya kita lihat golongan wanita, mereka mudah diperdaya dengan janji-janji manis yang ditabur oleh rakyat asing tersebut. Bukan sahaja golongan wanita menjadi sasaran tetapi golongan kanak-kanak juga turut menjadi mangsa. Biasanya individu tidak bertanggungjawab ini akan menumpu perhatian di kawasan seperti sekolah, taman permainan, pasar malam dan sebagainya untuk menculik kanak-kanak dan seterusnya menjual mereka. Di negara ini sudah banyak kes di mana kanak-kanak yang hilang masih belum dijumpai sehinga ke hari ini. Kemungkinan kes-kes tersebut mempunyai kaitan dengan pemerdagangan manusia.
Kerjasama antara Negara Malaysia dengan Negara luar bukan sahaja memberi kesan negatif tetapi juga memberi kesan positif untuk mengatasi isu pemerdagangan manusia. Kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk membendung gejala pemerdagangan manusia yang semakin berleluasa. Malaysia dan AS bersepakat mengatakan bahawa kegiatan itu mesti di bendung dengan segera. Usaha ke arah pembanterasan pemerdagangan manusia perlu dilakukan dengan segera kerana ia memberi implikasi teruk kepada soal keselamatan negara. Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) telah menggesa Malaysia untuk menyusun tindakan undang-undang awal penguatkuasaan di bawah Akta Pemerdagangan Manusia, khasnya berkaitan pemerdagangan buruh.
AS mencadangkan agar Malaysia melaksanakan hukuman jenayah yang lebih ketat terhadap mereka yang terbabit dalam mengambil buruh atau mengeksploitasi buruh paksaan. Mereka juga menggesa Malaysia untuk meningkatkan usaha bagi mendakwa dan menyabitkan kesalahan pegawai awam yang mengambil keuntungan daripada aktiviti ini atau terbabit dalam pemerdagangan atau mengeksploitasi mangsa. Malaysia juga dicadangkan untuk membangun dan melaksanakan prosedur untuk mengenal pasti mangsa pemerdagangan buruh di kalangan kumpulan yang sering terdedah dengan aktiviti ini seperti pekerja migran dan merujuk mereka kepada perkhidmatan perlindungan yang ada.
Malaysia perlu meningkatkan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperbaiki usaha-usaha perlindungan terhadap mangsa termasuk tempat untuk menempatkan mangsa pemerdagangan. Latihan kepada para pegawai mengenai pengendalian pemerdagangan kes seks dan buruh, dengan penekanan terhadap perlindungan mangsa dan menerus dan memperluaskan kempen yang komprehensif dan jelas mengenai kesedaran anti-pemerdagangan bagi kedua-dua pemerdagangan buruh dan seks haruslah ditingkat dan diperluaskan. Kerajaan Malaysia telah menunjukkan komitmen besar dalam menangani pemerdagangan manusia yang dijangka mendahului peningkatan penyiasatan dan pendakwaan kesalahan pemerdagangan buruh dan mengenal pasti mangsa pemerdagangan buruh oleh pegawai kerajaan dan bekerjasama rapat dengan NGO dan pertubuhan antarabangsa untuk memperbaiki perkhidmatan mangsa dalam penempatan kerajaan.
(111141)
Posted by Manusia Sebagai Komoditi at 6:39 AM 0 comments
IMPAK
MANGSA:
Aktiviti pemerdagangan manusia akan menyebabkan mangsa yang terlibat dalam perdagangan manusia akan mengalami gangguan mental dan fizikal. Hal ini boleh dilihat apabila mangsa-mangsa ini berada dalam keadaan tertekan serta ketakutan kerana mereka terpaksa melakukan pekerjaan secara terpaksa dan bukan secara suka rela. Sekiranya mereka tidak mengikuti perintah pihak terbabit, mereka mungkin didera dan dihukum dengan lebih berat dan teruk. Ini menyebabkan terdapat segelintir mangsa perdagangan manusia ini mengalami kecederaan fizikal seperti lebam-lebam akibat dipukul oleh pihak majikannya.
Mangsa pemerdagangan manusia juga mengalami gangguan mental dan trauma akibat daripada pekerjaan yang terpaksa dilakukan. Contohnya kanak-kanak dijadikan sebagai pengemis, tentera paksa atau bagi tujuan aktiviti keagamaan. Manakala bagi wanita pula dijadikan sebagai pelacur, hamba dan buruh paksa. Aktiviti seumpama ini kadang kala dilakukan tanpa bayaran kerana mangsa tidak diberikan bayaran/gaji tetapi mereka hanya diberikan tempat tinggal serta makan dan minum sebagai saraan hidup. Perkhidmatan mereka seolah-olah dipergunakan oleh pihak yang tak berwajib.
Selain itu, mangsa pemerdagangan manusia mungkin mengalami jangkitan penyakit. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mangsa-mangsa ini sememangnya terdedah kepada wabak penyakit seperti AIDS, HIV, filis, jangkitan kuman, dan sebagainya. Penyakit seperti ini mudah merebak terutama bagi wanita yang memperdagang diri mereka untuk aktiviti pelacuran. Bagi golongan kanak-kanak juga tidak ketinggalan apabila mereka dijadikan pengemis jalanan, mereka turut terdedah kepada wabak penyakit seperti SARS, jangkitan kuman dan lain-lain.
Akibat daripada aktiviti pemerdagangan orang juga, mangsa menanggung malu seumur hidup. Ini menyebabkan mangsa tidak suka berhadapan dengan khalayak umum kerana mangsa mungkin dikeji atau dihina kerana pernah melakukan aktiviti terkutuk seperti melacur atau mengemis. Lantaran itu mangsa-mangsa aktiviti perdagangan manusia lebih suka memencilkan diri daripada bergaul dengan orang ramai kerana mereka mungkin bimbang akan terjerumus dengan aktiviti itu lagi dan turut bimbang akan perspektif masyarakat terhadap pekerjaan yang telah dilakukan oleh mereka sebelumnya.
MASYARAKAT DAN NEGARA:
Pemerdagangan manusia menimbulkan kesan yang besar terhadap masyarakat dan negara. Umumnya, kita akan kehilangan sumber tenaga atau kepakaran sekiranya aktiviti pemerdagangan manusia terus berleluasa. Kepakaran untuk perkembangan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial mungkin terbatas kerana kepakaran tersebut telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan aktiviti yang tidak bermoral tersebut. Sekiranya aktiviti pemerdagangan manusia tidak dibendung, negara tidak berupaya untuk beroleh kepakaran yang maksimum kerana sumber idea yang kurang daripada pelapis-pelapis baru iaitu kanak-kanak dan wanita.
Aktiviti pemerdagangan manusia menyebabkan sistem pemerintahan negara menjadi lemah di mata dunia. Hal ini kerana negara-negara maju seperti US, UK, Russia dan lain-lain mungkin beranggapan bahawa sistem pemerintahan negara lemah dan tidak sistematik kerana tidak dapat membendung masalah pemerdagangan manusia yang berleluasa. Ini menyebabkan imej negara dimata dunia jatuh. Tidak mustahil perkara ini menjadi penyebab kepada kejatuhan sosioekonomi negara pada masa hadapan.
Selain itu, wabak penyakit turut merebak ke dalam negara. Pemerdagangan manusia yang semakin menjadi-jadi memudahkan wabak penyakit menular di Malaysia. Wabak penyakit seperti HIV, AIDS, H1N1, tibi dan sebagainya mudah merebak sekiranya aktiviti pemerdagangan manusia tidak dikawal oleh pihak berwajib. Penyakit berjangkit ini bukan sahaja mudah merebak malah boleh membawa maut kepada masyarakat. Jadi, aktiviti pemerdagangan manusia ini perlu dibendung agar masyarakat tidak berasa bimbang akan penyakit berbahaya disekeliling mereka.
Antara kesan lain kepada masyarakat dan negara ialah pembangunan ekonomi terjejas. Pelancongan ekonomi mungkin mengalami kemerosotan kerana orang luar takut untuk datang melancong ke dalam negara. Hal ini mungkin kerana faktor kebimbangan terhadap aktiviti pemerdagangan manusia yang berleluasa. Kebimbangan tersebut menyebabkan pelancong asing tidak memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka. Ini menyebabkan Malaysia mengalami kerugian kerana pelancongan merupakan salah satu sumber pendapatan dan penjana ekonomi negara.
(205277)
Posted by Manusia Sebagai Komoditi at 6:20 AM 0 comments
BAGAIMANA CARA MENANGANINYA?
Mahkamah khas dan mahkamah malam diwujudkan bagi mempercepatkan proses pertuduhan serta bicara kes yang berkaitan dengannya. Oleh itu, mangsa-mangsa yang terlibat tidak terlalu menderita dengan gangguan emosi dan fizikal yang telah dialami mangsa sebelum ini.
Penguatkuasaan undang-undang telah diperketatkan oleh kerajaan. Pihak Polis Diraja Malaysia, Kastam, Imigresan dan Maritim Malaysia (APMM) telah beusaha kuat mengembleng tenaga untuk membanteras jenayah penyeludupan manusia ini.
Kewujudan Pelan Tindakan Nasional (NAP) di bawah Majlis Anti Perdagangan Orang (MAPO) serba sedikit telah dapat mengurangkan aktiviti ini. Sejak 2 tahun yang lalu, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk melatih lebih 3000 orang pegawai yang merangkumi bidang penguatkuasaan, pendakwaan dan kehakiman untuk menangani isu ini.
Kerajaan telah berusaha keras untuk membanteras jenayah ini dengan turut bekerjasama dengan International Organization of Imigrant (IOI), Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan Amnesty International Malaysia. Malaysia juga berkongsi kepakaran yang melibatkan penyeludupan manusia dengan Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan Belanda.
Selain itu, kempen untuk meningkatkan kefahaman dan profesionaslisme jentera kerajaan dalam penguatkuasaan Akta Pemerdagangan Orang 2007. Hal ini demikian kerana masih terdapat segelintir kakitangan kerajaan yang mengambil kesempatan terhadap isu sosial ini dengan menjadi orang tengah dan menerima rasuah.
Jenayah Pemerdagangan Orang ini masih baru dalam masyarakat kita pada hari ini. Oleh itu, tanpa kita sedari kita telah terjerumus dalam kancah hina dengan menjadi mangsa kepada sindiket haram ini. Pengetahuan mengenai jenayah ini mestilah diperluaskan kepada golongan majikan serta orang ramai. Kerjasama antara orang ramai dengan kerajaan amat diperlukan untuk menangani jenayah ini.
(199606)
Posted by Manusia Sebagai Komoditi at 5:40 AM 0 comments